Wednesday, April 27, 2016

10 GAMBAR TEKNOLOGI DALAM SUKAN

10 gambar teknologi dalam pendidikan
    
    KASUT NIKE + IPOD


Apple telah menamakan Nike + Kit sukan sebagai 'Gadget Minggu.' Memanggilnya 'paling elegan berteknologi tinggi dalam pelarian. Ipod dapat ditambah ke dalam kasut di belakang tapak dan membolehkan atlet mendengar muzik sambil menjalankan aktiviti sukan yang digemari.


 LASER BULLET




Sejenis peluru yang digunakan di dalam sukan memanah terutama semasa memburu. Ia akan mengeluarkan cahaya laser yang membolehkan pemburu mudah untuk mengarahkan kepada sasaran yang di kehendaki.  




DIGITAL REFEREE


Digunakan dalam sukan bola sepak. Alat ini digunakan untuk mengesan beberapa kesalahan yang berlaku semasa permainan ini sedang dijalankan. Antara kesalahan yang dapat dikesan menggunakan alat ini adalah seperti offside, penalti dan fail.



   LASER BINOKULAR



Digunakan dalam sukan memanah untuk mengetahui kedudukan anak panah di papan sasar. Binokular ini dapat membuat pemfokusan dalam jarak 100 meter. Ianya membolehkan para atlet memanah mengetahui mata yang dikumpul dan mengetahui sama ada anak panah yang dilepaskan mendapat mata yang tinggi atau rendah tanpa perlu ke papan sasar.



  LAMPU KASUT KESELAMATAN DALAM GELAP




Lampu kasut keselamatan dalam gelap digunakan oleh para atlet yang berlatih pada waktu malam bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Ianya dilengkapi lampu di bahagian belakang kasut. Lampu ini akan menyala sekiranya pengguna memulakan rentak lariannya.



    SIGHT



Sight ini digunakan dalam sukan memanah bagi kategori compound, ianya di lengkapi dengan penimbang air untuk memastikan atlet memegang busar dalam keadaan yang baik bagi membolehkan anak panah yang dilepaskan mengenai sasaran yang dikehendaki.



 BOW SCALE



Alat ini digunakan dalam sukan memanah untuk mengetahui keberatan busar yang akan ditarik oleh atlet. Bow scale ini mengeluarkan pengiraannya mengunakan unit pound. Ianya memudahkan jurulatih memberikan alatan yang bersesuaian dengan kekuatan atletnya.



DRAW SCALE




Draw scale digunakan untuk mengetahui tahap maksima panjang yang dapat ditarik oleh seseorang atlet memanah. Selepas mengetahui panjang tarikan atlet tersebut, anak panah akan dipotong mengikut panjang yang telah tercatat pada draw scale ini. Setiap individu mempunyai panjang tarikan yang berbeza-beza. Oleh itu alat ini amat membantu atlet mengetahui panjang tarikan busar yang sesuai untuk digunakan.



THUMB



Alat ini digunakan semasa menarik bow compound, ianya dinamakan thumb, digunakan oleh atlet yang mempunyai masalah target panik dimana atlet tersebut akan memetik trigger untuk melepaskan anak panah apabila melihat warna kuning dalam sight dalam jangka masa yang singkat. Alat ini membantu para atlet yang mempunyai masalah tersebut dan dapat “aim” papan sasar dalam jangka yang betul dan anak panah mengenai sasaran yang dikehendaki.




ARROW DETECTER


Sejenis alat yang digunakan untuk mengesan anak panah yang hilang atau yang tidak mengenai papan sasaran. Pengesan anak panah ini akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ yang berpanjangan apabila ia dapat mengesan sesuatu. Pengesan ini akan mengesan semua jenis besi yang terdapat di permukaan bumi dalam jarak kedalaman 0.5 meter.  

No comments:

Post a Comment